Thursday, 28 February 2013

✿ REBUT 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA ✿


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“REBUTLAH PELUANG 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA”

Iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan, berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih. Pada waktu itu tiada guna lagi bersedih. Walaupun orang yang hadir itu merintih tanpa henti

Selepas itu kamu akan diletak diatas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam, berserta Fatihah, selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

TAPI …

Apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sesungguhnya tertipulah dirimu jika beranggapan demikian. Justeru ku menyeru sekalian Muslimi dan Muslimat, usunglah dirimu ke tikar solat sebelum kamu diusung ke liang lahad menjadi makanan cacing dan ulat

Iringilah dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke pusara. Tangisilah dosa-dosamu didunia kerana tangisan tidak berguna dialam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan. Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan ‘izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan. Justeru bila DIA menyeru sambutlah seruan-Nya sebelum DIA memanggilmu buat kali yang terakhir. Ingatlah kamu dahulu hanya setitik air yang tidak bererti lalu dijadikan segumpal darah lalu menjadi seketul daging lalu daging itu dibaluti tulang lalu jadilah kamu INSAN yang punya erti. Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu. Diciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik – baiknya. Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat

Ingatlah yang kekal ialah amal menjadi bekal sepanjang jalan menjadi teman di perjalanan berguna kembali ke pangkuan Tuhan. Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putra, isteri, kad kredit dan kereta, kondominium, saham dan niaga. Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia. Ayuhlah kita jangan leka, lakukan solat.

Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan fasik dan mungkar dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali mereka dari golangan yang bersabar.  

Rebut 5 Perkara Sebelum Datangnya 5 Perkara


No comments:

Post a Comment