Tuesday, 22 January 2013

KISAH ULAR TUNGGU MAYAT

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum :')
Sesiapa yang masih lagi ingat sOlat itu tak penting. Masih lagi leka dan lalai. Kejap kerjakan, kejap tidak. Maka saya paparkan kisah benar ini untuk tatapan kita bersama. SemOga ianya memberi pengajaran kepada kita. InsyaAllah ...

Satu cerita yang berlaku beberapa tahun dulu di Makkah. Kisah ini adalah kisah benar. Kisah yang bOleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah - majalah tablOid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seOrang perempuan yang berumur 4Oan telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma'ala yakni lebih kurang 2 kilOmeter dari Masjidil Haram selepas sOlat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekOr  ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahad. 

Subahanallah!! keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ. 

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa - rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar!! mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa - apa bila disentuh Oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba - tiba ular hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk memulu ke dalam kubur wanita itu.

MasyaAllah! seperti menjunam ke dalam swimming pOol keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur. Dengan beberapa ketika mereka terdengar bunyi seperti dahan - dahan pOkOk yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah - matahkan tulang jenazah itu.

Subahanallah!! Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidik kenapa perkara tersebut terjadi rupa - rupanya sewaktu hayatnya wanita tersebut suka melewat - lewatkan sOlatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedOman dari kejadian ini. SemOga Allah s.w.t kuatkan iman kita dalam mendirikan sOlat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis. InsyaAllah. 

Kak Leyha : Ini baru seksaan di dunia sebab melewatkan sOlat, bagaimana jika tak sOlat terus..?? Allahurabbi (u_u). Kisah nie sama macam mana mimipi aku. Mimpi aku tu sebijik macam real! Aku bermimpi dimana aku berada di tanah perkuburan. Disitu ramai Orang yang sedang menghadiri pengkebumian seOrang jenazah nie. Tapi yang peliknya semua Orang macam tak nampak aku. Aku panggil mama, panggil abah tapi mereka sikit pun tak pandang aku. Aku pun pergi la berdiri di sebelah mama, sebelah abah. Subahanallah takOtnya aku, apa yang aku nampak ada seekOr ular berwarna hitam sedang menunggu di bersebelahan liang lahad. MasyaAllah!! aku takOt. Orang ramai cuba usir ular hitam tu, tapi ular tu still jugak taknak pergi. Aku berdOa kepada Allah berikan kesempatan buat aku untuk beribadah kepadaNya. Dalam rintihan yang benar - benar mengharap! Allahamdulillah. Allah mendengar rintihan aku. KeesOkkannya aku search goOgle apa azab Orang yang tinggalkan sOlat. Ya Allah! rupanya apa yang aku bermimpi ular hitam itu adalah salah satu seksaan bagi Orang yang meninggalakan sOlat. Aku insaf!! Aku bertaubat!! Aku mengharap keampunanMu Allah. Allah, Allah, Allah (T_T)