Sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud :
“REBUTLAH
PELUANG 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA”
Iaitu
masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda
sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum datangnya
waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian
Bersihkanlah
dirimu sebelum kamu dimandikan, berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan dan
solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah
auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih. Pada
waktu itu tiada guna lagi bersedih. Walaupun orang yang hadir itu merintih
tanpa henti
Selepas
itu kamu akan diletak diatas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan
empat kali takbir dan satu salam, berserta Fatihah, selawat dan doa sebagai
memenuhi tuntutan fardhu kifayah.
TAPI …
Apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah
solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan
sujudmu yang telah luput? Sesungguhnya tertipulah dirimu jika beranggapan
demikian. Justeru ku menyeru sekalian Muslimi dan Muslimat, usunglah dirimu ke
tikar solat sebelum kamu diusung ke liang lahad menjadi makanan cacing dan ulat
Iringilah
dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke pusara. Tangisilah dosa-dosamu
didunia kerana tangisan tidak berguna dialam baqa’
Sucikanlah
dirimu sebelum kamu disucikan. Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan
panggilan ‘izrail yang menakutkan
Berimanlah
kamu sebelum kamu ditalkinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan
yang pergi
Beristighfarlah
kamu sebelum kamu diistighfarkan. Justeru bila DIA menyeru sambutlah seruan-Nya
sebelum DIA memanggilmu buat kali yang terakhir. Ingatlah kamu dahulu hanya
setitik air yang tidak bererti lalu dijadikan segumpal darah lalu menjadi
seketul daging lalu daging itu dibaluti tulang lalu jadilah kamu INSAN yang
punya erti. Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu. Diciptakan manusia
itu dalam bentuk yang sebaik – baiknya. Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
yang lebih agung dari malaikat
Ingatlah
yang kekal ialah amal menjadi bekal sepanjang jalan menjadi teman di perjalanan
berguna kembali ke pangkuan Tuhan. Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan
putra, isteri, kad kredit dan kereta, kondominium, saham dan niaga. Kalau dahi
tak mencecah sejadah di dunia. Ayuhlah kita jangan leka, lakukan solat.
Sesungguhnya
solat itu mencegah perbuatan fasik dan mungkar dan sesungguhnya solat itu
amatlah berat kecuali mereka dari golangan yang bersabar.
![]() |
| Rebut 5 Perkara Sebelum Datangnya 5 Perkara |






.jpg)